Save in Gold : My little collection

15 06 2010

Lama sudah tidak mengupdate blog ni. Kadang2 rasa buat x cara je dgn blog, bila rasa teringat baru la terhegeh2 nk menjengah.

Saya telah membuat keputusan membuat beberapa transaksi pembelian emas setiap kali hujung bulan (time gaji) sebagai satu kaedah saving.

Sebelum ni saving saya dalam PRUsaver (Prudential) kemudian setelah cukup 24 bulan saya pun menamatkan saving tu. Agak untung juga PRUsaver ni berbanding ASB sebab dividen adalah sebanyak 15% setahun. Tapi saya lebih sayangkan emas berbanding duit kertas maka sebab tu saya taknak simpan duit, saya simpan emas.

Setiap kali gaji, saya telah mendisiplinkan diri MESTI beli 1gram emas. Walaupun pembelian kecil ni tak bolehlah dikategorikan sebagai PELABURAN tetapi saya nak gak anggap ia pelaburan. Sukati la.. haha… Blog ni ana yang punya!

Tapi, bagi pelabur tegar mereka anggap pembelian kecil sebegitu sebagai simpanan/collection je. Alah macam org kumpul setem, tapi saya kumpul emas saiz kecil iaitu 1 gram je. Boleh anda bayangkan emas sebesar 1 gram??? haaa… berikut saya paparkan hasil tangkapan emas saya setakat ni;

Yang dalam bekas merah tu 1 gram emirates gold bar. Semasa saya beli harganya RM185/piece (beli Mac 2010) sekarang ni Jun 2010 harganya RM204/piece. Untung kan beli awal? Yang diatas bersusun tu ialah 1 Dirham.. harga setiap satu RM15. Saje2 kumpul.

Inilah rupa 1 Dirham tu dari dekat.

Ini koleksi saya yang lama..entry sebelum ni dah cerita banyak kali. 1 Oz Canadian Maple Leaf saya beli di Bank UOB Jln Raja Laut , KL. Beratnya bukan 1 gram, tetapi 32.++gram

Sama gak mcm yang tadi, beli di UOB Jln Raja Laut tapi yang ini 1 Oz Australian Gold Nugget.

Ini saya agak sayang sebab ia kecil dan comel, 1/4 Oz Maple Leaf.

Ini Dirham IMN tapi milik kakak saya. Saya tolong simpan je.

Ini 1 gram Pamp Suisse. Juga hak milik kakak saya. Harga masa beli seperti yang tertera pada kertas merah tersebut.

Ini pulak beratnya 1.06gram namanya 1/4 Dinar Logam Mulia. Milik ayah saya tetapi pemberian dari kakak saya. Saya jadi tukang simpan juga.

Ini pulak 1g Poh Kong Bunga Raya milik my mom (juga pemberian dari my sis).

Sikit je koleksi saya ni. Jadik la daripada takade pape kan. Alhamdulillah.


Tindakan

Informasi

2 gerakbalas-gerakbalas

30 06 2010
zuls

wah.. invest dalam gold..
ada baca-baca gitu jer , belum lagi terbukak hati nak buat..

1 07 2010
kay.ra

encik zul..
bolehlah mulakan dr sekarang… walaupun hanya langkah kecil… :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.