Sangat excited dan teruja memulakan sesuatu yang baru dalam hidup. Berani mengambil risiko, hidup hanya sekali, mengapa tidak mulakan?
Ya, saya telah melaburkan sejumlah duit dengan membeli emas. Tidaklah seberapa tapi sebenarnya ‘agak banyak’ jugalah bagi seorang budak baru belajar macam saya ni.
Berikut saya kongsikan syiling emas yang saya beli di HQ Bank UOB di KL.
Kombinasi syiling emas hasil tangkapan saya… eehehehe..
Ini 1 Oz Australian Kangaroo Gold Nugget boleh di dapati di UOB Bank atau NUBEX
Belah kiri 1 Oz Canadian Gold Maple Leaf dan kanan 1/4 Oz jenis syiling emas yang sama
Ini pulak 1/4 Oz Canadian Gold Maple Leaf. Kecil saje kan…tapi harganyaaaa… hurm… toksah cerita la….
Inilah resit pembelian a.k.a sijil beranak bagi syiling emas 1 Oz saya yang UOB keluarkan sekiranya anda membeli syiling emas yang dijual UOB.
Setiap syiling emas yang anda beli di Bank UOB mestilah beserta sijil beranak ini
memudahkan urusan jual semula… (abaikan tangan kecil itu…hehehe)
Ini pulak resit pembelian bagi 1/4 Oz Canadian Maple Leaf saya…
Jikalau anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang pelaburan emas, rasanya wajarlah anda belek2 seterusnya baca website ni :
http://www.jutawanemas.com oleh sifu emas En. Syukor Hashim
Saya dah lama khatam website encik syukor ni, sebelum buat keputusan nak beli emas ni… Jikalau anda tak berminat dengan syiling emas jualan UOB, anda juga boleh membeli syiling KIJANG emas yang dikeluarkan oleh Maybank.
Cantik jugakan? Tapi, harap maklum ini bukan salah satu dari koleksi saya. Attachment ini hanya untuk pembacaan anda sahaja.
Boleh rujuk info mengenai KIJANG Emas disini.
Kenapa anda perlu membeli emas? Jawapannya disini
Tepuk dada tanyalah selera. Moga kita mendapat manfaat daripada ilmu yang baik. Insya-ALLAH.
P/S : Kpd perompak a.k.a penyamun yang membaca ini blog, harap maaf ye, saya dah simpan semua dalam peti besi bank. Sila berputih mata sambil menangis ya.
uang mas adalah uang asli uang karena berharga sebagai alat pertukaran. bukan uang kertas, apalagi rekening digital yang mudah dihapus ssesuka hati. lihat uang dolar, ada “federal reserve note”. artinya kertas uang itu adalah utang bank sentral kepada seluruh masyarakat dan berjanji akan menyediakan emas sebagai pembayar utang uang kertas atas barang-barang itu. awas inflasi uang kertas.
love gold as pure money.