CERITA TENTANG JODOH (Part 1): Jodoh Yang Tidak Di Duga

18 02 2010

Kisah benar tentang kawan baik saya ini dah saya ceritakan dalam blog lama saya, so saya just copy-paste jelah this story from my previous blog… (masa mula2 berblog dulu I still use the word ‘Aku’ instead of using ‘saya’)

Enjoy the story…

Cerita pasal jodoh ni sebenarnya bukan pasal aku. Citer ni pasal housemate aku sekarang kat UITM Shah Alam. Namanyer Mira * bukan nama sebenar… eceh…demi nak jaga ati dia. Aku citer ni pn dgn mendapat keizinan secara lisan dr dia. Mira ni minat sangat ngan kawan dia – budak laki ni spesis ustaz dan sebaya dgn kitorg. Mira minat sangat tp x pernah la dia bgtau dekat si Ustaz ni. Sama la mcm aku, cuma pada org yg berlainan. Aiceh.Slalu dia suruh aku doakan jodoh dia ngan budak Ustaz tu. Aku dengan Mira ni sesame UPM tapi berlainan course. Tapi aku kenal dan berkawan baik dengan dia sejak kitorg keje kat Fakulti Perubatan Veterinar UPM. Lupa lak nak mention : Mira ni spesis budak baik, pakai tudung labuh (akak aku mmg slalu kompius nape kawan2 aku ramai jenis2 pakai tudung labuh tp perangai aku x jugak cm depa ), dan org Kelantan.

Aku dengan si Mira ni ber ‘saya-awak’ je selama ni. Sambung balik psl Mira dengan si budak ustaz ni tadi. Mm.. Mira kenal budak Ustaz ni pun melalui ruangan Forum dlm website2 yg berunsurkan Islamic gak la sbb Mira ni jenis suka berdebat dan memberikan pendapat dlm hal2 islamic cmtu. Mira ni pn start le email2 dan bersms dgn si budak Ustaz muda ni, tp x penah pulak depa bertelefon. Lama jugak depa berkwn, depa ni xguna awak-saya tapi guna ‘ana-ukhti’. Bila kitorg (aku dgn si mira) sesame plan smbung study kt UITM s.alam ni depa still berkwan dan berkontekkan, yang jelasnya diorg ni tak bercinta.Yelah Ustaz, cmne nak bercinta. Status nak kena jaga. Selalu depa berkontekkan pn tanya2 psl kemusykilan agama je. Means ade apape yg x paham diorg akan saling berkongsi pendapat.

Then, suddenly nak di jadikan cerita mase bln April tu si ustaz ni pn tetiba tanye pendapat si Mira ni pasal wang hantaran. Adakah Mira ni bersetuju yg zaman sekarang ni kenapa parents slalu letak wang hantaran tinggi mcm nak jual anak. So, Mira ni pn dgn jujur nya bagi la pendapat dia. Setelah tu si Ustaz dgn Mira pn bersms cm biase. Tetiba ustaz ni bgtau ‘macam nilah Ukhti, setelah ana berbincang dengan Ikhwah dan sahabat2 ana, ana ambil keputusan hendak memperisterikan ukhti.Sudikah ukhti jadi isteri ana?’. Terkejut badakla si mira ni. Dan setelah berbincang dgn family Mira pn setuju. Sebenarnya Mira dengan si Ustaz ni xpernah bertemu muka pn. Seryes. Dan bln Jun baru lps ni depa bertunang dan di jangka bln Ogos ni depa nak melansungkan rumah tangga. Macam tu aje. Ekspress. Jodoh… Kita hanya merancang, Allah yg menentukan.

Aku sebagai kawan sedikit sebanyak gembira dan ade rase sedih gak. Bukan apa, gembira sebab dia dh bertemu jodoh dengan jejaka idaman Malaya dia, sedih sebab nanti aku dh xde kawan lagi dah. Dah le sesame plan sambung master ke UITM ni sbb nk lari dr UPM. Sesama kantoi dengan Dekan sbb anta Proposal tifu (tiru proposal org). Hahaha.. sempat wat jahat tu dengan si Mira ni … Apapun aku doakan semoga depa selamat melansungkan perkahwinan depa dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Mm.. bile plak turn aku ni….

Itu kisah 6-7tahun dulu dulu….. kini si ‘Mira’ ni berbahagia bersama ‘jodoh yang tidak di duga nya’ dengan sepasang anak lelaki kembar yg comel. Alhamdulillah..


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: