Bila anda di langgar lari…

12 02 2010

Hit-n-run!

Ini pengalaman saya sendiri. Kejadian berlaku baru saje, iaitu 2 hari lepas (Rabu-10 Feb 2010).. Kereta saya di langgar lari oleh student tempat saya mengajar, kejadian berlaku awal pagi iaitu antara 8-8.05am sewaktu pergi kerja.

Apakah yg saya rasa? ingin saya berkongsi perasaan, pengalaman, dan meluahkan apa terbuku dihati…

1. Saya rasa teramat-amat-amat-amatttt sedih. off-course! Maklumlah kereta pertama, lagipun baru pulak tu, baru pakai kereta tersebut 4 bulan… Rasa mcm tak puas lagi mengodek2 technology inside the car.

2. Saya amat marah.. sudah tentu… Saya bukanlah memuji diri sendiri sbg a good driver, tetapi sudah tentu lah sbg pemandu kita akan bawak sebaik mungkin apatah lagi jika membawa anak bersama. Amat marah bile kejadian sepatutnye tidak berlaku, ttp kerana kesalahan org lain saya mendapat tempiasnya… bukan sedikit tapi amat hebat… total lost estimation pd kereta saya around RM2.5k…

3. Bila si pelanggar lari (selepas ini di sebut sbg STUDENT krn beliau seorg student) sehingga kini (2hari berlaku) buat2 tak tahu apatah lagi memohon maaf dan bersedia mengaku kesalahannya (adakah mungkin?). Saya rasa amat teraniaya sekali…

4. Bila saksi sgt ramai tetapi hanya seorang diulangi HANYA SEORANG saje yg setuju menjadi saksi. Ini ujian yg amat hebat, bila kite teraniaya, sangat sedih dan rasa mahukan sokongan hanya seorang saje yg sudi menjadi saksi… Dugaan mu amat berat bagiku Ya-Allah….

5. Bile dalam kesusahan begini terbukalah hijab saya melihat perkara yg saya tak sedar selama ini. Iaitu – kawan sejati itu sentiasa bersedia untuk kita bila kita susah, dan lagi satu saya dapat bezakan yang mana jenis kawan yang lansung tidak ambil peduli tentang apa berlaku dlm hidup kita walaupun sekadar hanya bertanya khabar tentang kemalangan yg saya hadapi. Saya terkilan. Biarlah…

6. Saya mulai sedar, sedikit sebanyak saya penyabar orangnya… Alhamdulillah. Walaupun saya amat marah dgn student tersebut, saya berusaha menahan diri untuk mengutuknya, menghinanya, atau apa saje perbuatan yang boleh menambah dosa saya. Ya, saya bercakap benar. Saya mmg sgt marah dengan kejadian yang berlaku, tapi bila sy mengupload gmbar2 kejadian di FB dan bila kawan2 atau family mengulas tentang kejadian tu sy berusaha untuk tidak mengutuk apatah lagi menghina pelajar tersebut walaupun mengenangkannya saya tetap ada rasa marah dan teraniaya. Saya berusaha mengutip sisa-sisa kesabaran dalam diri…

7. Saya merindui kereta saya yg sekarang di bengkel kereta untuk dibaiki. Sangat2 rindu hingga menitik air mata mengenangkannya…Bila saya terpandang kereta yang sama jenis dan warna dengan nya buat saya tertoleh dan teringat tentang nya.. Maklumlah ini kereta pertama saya… Sungguh sayang tak terucap…

8. Lebih menyanyangi suami saya (bukanlah maknanya dulu saya tak sayang). Saya tahu dia sentiasa ada untuk saya. Menguruskan semua berkaitan urusan report polis, mencari student tersebut sampai dapat dan mengambil cuti hanya untuk menguruskan semuanya walaupun hari itu dia sibuk dengan meeting penting di officenya. Sudah tentulah~~~

9. Tindakan saya pada student tersebut? saya buat report polis (biarlah polis yang uruskan) dan mengisi borang aduan disiplin pada pihak Unit Disiplin tempat saya bekerja. Semoga mereka jalankan tugas dan student terssbut dapat balasan sewajarnya.

10. Kejadian ini buat diri saya bertambah tabah. Syukur ya Allah. saya yakin semua ini ada hikmahnya.

11. Saya masih lagi berusaha menguatkan diri, mengutip sisa-sisa kesabaran dan cuba untuk buat diri redha atas ujian Allah ini. Saya yakin Allah itu maha Adil.

12. Doa saya moga si student itu mendapat balasan sewajarnya atas kesalahan beliau dan tidak lakukan pada orang lain. Cukuplah saya seorang mangsanya. Mungkin ada yang kata (Tak mungkin, ayat terlalu skema, macam dia baik sangat…) tapi percaya lah saya redha apa berlaku pada saya, anggap itu ujian Allah dan biarlah Allah uruskan segalanya sekiranya dia terus lari dari saya (mengakui salah pada saya).


Tindakan

Informasi

3 gerakbalas-gerakbalas

12 02 2010
spyrakyat

Jengok dan perhatikan linknya, ada tak?

20 02 2010
CikSayor

Student tu ngaku x? bengkek oih. bengkek

21 02 2010
kay.ra

saya tak cari dia. takut karang jumpa dia, dia x ngaku lg saya bengkek. tunggu dan lihat apa pihak disiplin nk buat pd dia…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.