Save in Gold : My little collection

15 06 2010

Lama sudah tidak mengupdate blog ni. Kadang2 rasa buat x cara je dgn blog, bila rasa teringat baru la terhegeh2 nk menjengah.

Saya telah membuat keputusan membuat beberapa transaksi pembelian emas setiap kali hujung bulan (time gaji) sebagai satu kaedah saving.

Sebelum ni saving saya dalam PRUsaver (Prudential) kemudian setelah cukup 24 bulan saya pun menamatkan saving tu. Agak untung juga PRUsaver ni berbanding ASB sebab dividen adalah sebanyak 15% setahun. Tapi saya lebih sayangkan emas berbanding duit kertas maka sebab tu saya taknak simpan duit, saya simpan emas.

Setiap kali gaji, saya telah mendisiplinkan diri MESTI beli 1gram emas. Walaupun pembelian kecil ni tak bolehlah dikategorikan sebagai PELABURAN tetapi saya nak gak anggap ia pelaburan. Sukati la.. haha… Blog ni ana yang punya!

Tapi, bagi pelabur tegar mereka anggap pembelian kecil sebegitu sebagai simpanan/collection je. Alah macam org kumpul setem, tapi saya kumpul emas saiz kecil iaitu 1 gram je. Boleh anda bayangkan emas sebesar 1 gram??? haaa… berikut saya paparkan hasil tangkapan emas saya setakat ni;

Yang dalam bekas merah tu 1 gram emirates gold bar. Semasa saya beli harganya RM185/piece (beli Mac 2010) sekarang ni Jun 2010 harganya RM204/piece. Untung kan beli awal? Yang diatas bersusun tu ialah 1 Dirham.. harga setiap satu RM15. Saje2 kumpul.

Inilah rupa 1 Dirham tu dari dekat.

Ini koleksi saya yang lama..entry sebelum ni dah cerita banyak kali. 1 Oz Canadian Maple Leaf saya beli di Bank UOB Jln Raja Laut , KL. Beratnya bukan 1 gram, tetapi 32.++gram

Sama gak mcm yang tadi, beli di UOB Jln Raja Laut tapi yang ini 1 Oz Australian Gold Nugget.

Ini saya agak sayang sebab ia kecil dan comel, 1/4 Oz Maple Leaf.

Ini Dirham IMN tapi milik kakak saya. Saya tolong simpan je.

Ini 1 gram Pamp Suisse. Juga hak milik kakak saya. Harga masa beli seperti yang tertera pada kertas merah tersebut.

Ini pulak beratnya 1.06gram namanya 1/4 Dinar Logam Mulia. Milik ayah saya tetapi pemberian dari kakak saya. Saya jadi tukang simpan juga.

Ini pulak 1g Poh Kong Bunga Raya milik my mom (juga pemberian dari my sis).

Sikit je koleksi saya ni. Jadik la daripada takade pape kan. Alhamdulillah.





SALE : 1 Oz Canadian Gold Maple Leaf + certificate

4 06 2010

Saya berhasrat menjual 2 keping  1 Oz Gold Maple Leaf yang saya miliki kepada sesiapa insan di luar sana yang berminat. Sesiapa yang berminat boleh sms kan harga terbaik yang boleh anda tawarkan ke 012-7237209. Siapa cepat dia dapat.
Berikut adalah gambar 1 Oz Gold Maple Leaf tersebut.

1 Oz Gold Maple Leaf di sebelah KIRI. Yang kanan tu BUKAN untuk di jual.

Ini adalah certificate asal 1 Oz Gold Maple Leaf saya.

Ini adalah koleksi asal saya.

SERIOUS BUYER only. Terima Kasih.

Untuk makluman tuan/puan, sila rujuk harga semasa bagi  1 Oz Gold Maple Leaf di website UOB berikut:

http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold





Mahukah anda bertukar-tukar link?

17 03 2010

Sekadar satu pertanyaan. Masihkah ada sesiapa di luar sana yang berminat untuk bertukar link dengan saya? Jika berminat boleh tinggalkan di ruang ‘comment’ ok. Jika tidak berminat abaikanlah sahaja, saya tidak memaksa, siapalah saya ni…

Owh…sangat sedih jika tiada permintaan.

P/S : Mungkin kaunter hanya dibuka beberapa hari sahaja. Sekiranya tiada (sedey ok!) saya akan delete entry ni.





Pelaburan emas : Saya dah mula, anda bila lagi?

17 03 2010

Sangat excited dan teruja memulakan sesuatu yang baru dalam hidup. Berani mengambil risiko, hidup hanya sekali, mengapa tidak mulakan? :)

Ya, saya telah melaburkan sejumlah duit dengan membeli emas. Tidaklah seberapa tapi sebenarnya ‘agak banyak’ jugalah bagi seorang budak baru belajar macam saya ni.

Berikut saya kongsikan syiling emas yang saya beli di HQ Bank UOB di KL.

Kombinasi syiling emas hasil tangkapan saya… eehehehe..

Ini 1 Oz Australian Kangaroo Gold Nugget boleh di dapati di UOB Bank atau NUBEX

Belah kiri 1 Oz Canadian Gold Maple Leaf dan kanan 1/4 Oz jenis syiling emas yang sama

Ini pulak 1/4 Oz Canadian Gold Maple Leaf. Kecil saje kan…tapi harganyaaaa… hurm… toksah cerita la….

Inilah resit pembelian a.k.a sijil beranak bagi syiling emas 1 Oz saya  yang UOB keluarkan sekiranya anda membeli syiling emas yang dijual UOB.

Setiap syiling emas yang anda beli di Bank UOB mestilah beserta sijil beranak ini :) memudahkan urusan jual semula…  (abaikan tangan kecil itu…hehehe)

Ini pulak resit pembelian bagi 1/4 Oz Canadian Maple Leaf saya…

Jikalau anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang pelaburan emas, rasanya wajarlah anda belek2 seterusnya baca website ni :

http://www.jutawanemas.com oleh sifu emas En. Syukor Hashim

Saya dah lama khatam website encik syukor ni, sebelum buat keputusan nak beli emas ni… Jikalau anda tak berminat dengan syiling emas jualan UOB, anda juga boleh membeli syiling KIJANG emas yang dikeluarkan oleh Maybank.

Cantik jugakan? Tapi, harap maklum ini bukan salah satu dari koleksi saya. Attachment ini hanya untuk pembacaan anda sahaja.

Boleh rujuk info mengenai KIJANG Emas disini.

Kenapa anda perlu membeli emas? Jawapannya disini

Tepuk dada tanyalah selera. Moga kita mendapat manfaat daripada ilmu yang baik. Insya-ALLAH.

P/S : Kpd perompak a.k.a penyamun yang membaca ini blog,  harap maaf ye, saya dah simpan semua dalam peti besi bank. Sila berputih mata sambil menangis ya. :)





Personal Loan : Bank mana offer yg terbaik?

22 02 2010

Saya berhasrat nak apply pinjaman peribadi melibatkan jumlah amaount yg tak berapa besar.

Along, stay away from me. I’m NOT INTERESTED AT ALL! haha…

Sy hanya akan memilih bank-bank yg bertauliah dengan Bank Negara sahaja. ALong? TIDAK SAMA SEKALI. Nanges la sana ko along, kalau xde bank nk offer pun saya takkan pinjam dari kamu.

Bank Islam skrg ni ada promosi ExtraBAGanza bagi mana2 peng-apply loan ni.. mcm best if jadi selected winner (women) dapat designer handbag ok! Bagi Men customer (kastemer laki saje ok) pulak jika bertuah terpilih cabutan dapat package umrah (muslim) atau holiday package (non-muslim) kot…

It is called the Extra”Bag’Anza campaign, which we will give away 20 exquisite designer handbags in likes of Coach, Chloe`, Salvatore Ferragamo and Jimmy Choo to women customers and 10 Umrah or holiday packages to men customers every three months. To enjoy this promotion, all a customer needs to do is apply for a financing with minimum amount of RM30,000 from now until 30 June 2010.”

Tp interest rate dia tinggi la pulak.. 5.5% tu…hurm.. telan air liur saje lah handbag designer hidaman malaya saya tu..

Setelah puas mengodek/search/menggoggle serta terlalu banyak bertanya maka saya pn decide memilih…..

Bank Rakyat. SAYA MESTI PILIH!

tenure selama 15 tahun… interest rate 4.9%… hm..oklah agaknya…

Janji i can afford to pay monthly payments tu pun dah memadai. Insya-ALLAH… Ya Allah permudahkan lah bagiku…

- Loan ini adalah untuk investment saya. itu sahaja :) -





Sambungan: Picta kereta saya selepas kejadian langgar lari tersebut

19 02 2010

Saya sertakan picta kereta saya selepas kejadian langgar lari tersebut.

Terpulanglah pada nilaian anda adakah sedikit atau banyak calaran pada kereta saya sehingga saya merasa teraniaya, sedih dan marah pada student tersebut.


Ya!.. itu side mirror kanan saya… PATAH ok…

calarnya sangat jelas…

Di latari beberapa garisan halus TEBAL DAN KETARA dari depan sampai belakang… warna cat motor (biru) si saspek juga ade…

Perhatikan hasil langgar-lari tersebut…..

Inilah ‘kenderaan berat (dosa)’ yang melanggar saya pada hari kejadian 10/2/2010 tu…. Dengan selamba selepas melanggar, elok2 dia parking kt tempat parking student ni dan terus berlalu masuk kuliah tanpa rasa bersalah mahupun ingin bertanggungjawab. Saya pulak? menangis2 tepi jalan….

Borang aduan disiplin saya telah hantar, terpulanglah pihak Disiplin nak buat macamane. Report polis juga telah di buat, satu hari nanti bila hang kena tahan road-block JPJ atau polis pandai2 la jawap.

Wahai si pelanggar lari yang budiman (adakah?) semoga Allah sahajalah yg balas, setimpal dengan kesalahan mu. Amin.

-Saya masih dirundung duka-





CERITA TENTANG JODOH (Part 1): Jodoh Yang Tidak Di Duga

18 02 2010

Kisah benar tentang kawan baik saya ini dah saya ceritakan dalam blog lama saya, so saya just copy-paste jelah this story from my previous blog… (masa mula2 berblog dulu I still use the word ‘Aku’ instead of using ‘saya’)

Enjoy the story…

Cerita pasal jodoh ni sebenarnya bukan pasal aku. Citer ni pasal housemate aku sekarang kat UITM Shah Alam. Namanyer Mira * bukan nama sebenar… eceh…demi nak jaga ati dia. Aku citer ni pn dgn mendapat keizinan secara lisan dr dia. Mira ni minat sangat ngan kawan dia – budak laki ni spesis ustaz dan sebaya dgn kitorg. Mira minat sangat tp x pernah la dia bgtau dekat si Ustaz ni. Sama la mcm aku, cuma pada org yg berlainan. Aiceh.Slalu dia suruh aku doakan jodoh dia ngan budak Ustaz tu. Aku dengan Mira ni sesame UPM tapi berlainan course. Tapi aku kenal dan berkawan baik dengan dia sejak kitorg keje kat Fakulti Perubatan Veterinar UPM. Lupa lak nak mention : Mira ni spesis budak baik, pakai tudung labuh (akak aku mmg slalu kompius nape kawan2 aku ramai jenis2 pakai tudung labuh tp perangai aku x jugak cm depa ), dan org Kelantan.

Aku dengan si Mira ni ber ‘saya-awak’ je selama ni. Sambung balik psl Mira dengan si budak ustaz ni tadi. Mm.. Mira kenal budak Ustaz ni pun melalui ruangan Forum dlm website2 yg berunsurkan Islamic gak la sbb Mira ni jenis suka berdebat dan memberikan pendapat dlm hal2 islamic cmtu. Mira ni pn start le email2 dan bersms dgn si budak Ustaz muda ni, tp x penah pulak depa bertelefon. Lama jugak depa berkwn, depa ni xguna awak-saya tapi guna ‘ana-ukhti’. Bila kitorg (aku dgn si mira) sesame plan smbung study kt UITM s.alam ni depa still berkwan dan berkontekkan, yang jelasnya diorg ni tak bercinta.Yelah Ustaz, cmne nak bercinta. Status nak kena jaga. Selalu depa berkontekkan pn tanya2 psl kemusykilan agama je. Means ade apape yg x paham diorg akan saling berkongsi pendapat.

Then, suddenly nak di jadikan cerita mase bln April tu si ustaz ni pn tetiba tanye pendapat si Mira ni pasal wang hantaran. Adakah Mira ni bersetuju yg zaman sekarang ni kenapa parents slalu letak wang hantaran tinggi mcm nak jual anak. So, Mira ni pn dgn jujur nya bagi la pendapat dia. Setelah tu si Ustaz dgn Mira pn bersms cm biase. Tetiba ustaz ni bgtau ‘macam nilah Ukhti, setelah ana berbincang dengan Ikhwah dan sahabat2 ana, ana ambil keputusan hendak memperisterikan ukhti.Sudikah ukhti jadi isteri ana?’. Terkejut badakla si mira ni. Dan setelah berbincang dgn family Mira pn setuju. Sebenarnya Mira dengan si Ustaz ni xpernah bertemu muka pn. Seryes. Dan bln Jun baru lps ni depa bertunang dan di jangka bln Ogos ni depa nak melansungkan rumah tangga. Macam tu aje. Ekspress. Jodoh… Kita hanya merancang, Allah yg menentukan.

Aku sebagai kawan sedikit sebanyak gembira dan ade rase sedih gak. Bukan apa, gembira sebab dia dh bertemu jodoh dengan jejaka idaman Malaya dia, sedih sebab nanti aku dh xde kawan lagi dah. Dah le sesame plan sambung master ke UITM ni sbb nk lari dr UPM. Sesama kantoi dengan Dekan sbb anta Proposal tifu (tiru proposal org). Hahaha.. sempat wat jahat tu dengan si Mira ni … Apapun aku doakan semoga depa selamat melansungkan perkahwinan depa dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Mm.. bile plak turn aku ni….

Itu kisah 6-7tahun dulu dulu….. kini si ‘Mira’ ni berbahagia bersama ‘jodoh yang tidak di duga nya’ dengan sepasang anak lelaki kembar yg comel. Alhamdulillah..





Bila anda di langgar lari…

12 02 2010

Hit-n-run!

Ini pengalaman saya sendiri. Kejadian berlaku baru saje, iaitu 2 hari lepas (Rabu-10 Feb 2010).. Kereta saya di langgar lari oleh student tempat saya mengajar, kejadian berlaku awal pagi iaitu antara 8-8.05am sewaktu pergi kerja.

Apakah yg saya rasa? ingin saya berkongsi perasaan, pengalaman, dan meluahkan apa terbuku dihati…

1. Saya rasa teramat-amat-amat-amatttt sedih. off-course! Maklumlah kereta pertama, lagipun baru pulak tu, baru pakai kereta tersebut 4 bulan… Rasa mcm tak puas lagi mengodek2 technology inside the car.

2. Saya amat marah.. sudah tentu… Saya bukanlah memuji diri sendiri sbg a good driver, tetapi sudah tentu lah sbg pemandu kita akan bawak sebaik mungkin apatah lagi jika membawa anak bersama. Amat marah bile kejadian sepatutnye tidak berlaku, ttp kerana kesalahan org lain saya mendapat tempiasnya… bukan sedikit tapi amat hebat… total lost estimation pd kereta saya around RM2.5k…

3. Bila si pelanggar lari (selepas ini di sebut sbg STUDENT krn beliau seorg student) sehingga kini (2hari berlaku) buat2 tak tahu apatah lagi memohon maaf dan bersedia mengaku kesalahannya (adakah mungkin?). Saya rasa amat teraniaya sekali…

4. Bila saksi sgt ramai tetapi hanya seorang diulangi HANYA SEORANG saje yg setuju menjadi saksi. Ini ujian yg amat hebat, bila kite teraniaya, sangat sedih dan rasa mahukan sokongan hanya seorang saje yg sudi menjadi saksi… Dugaan mu amat berat bagiku Ya-Allah….

5. Bile dalam kesusahan begini terbukalah hijab saya melihat perkara yg saya tak sedar selama ini. Iaitu – kawan sejati itu sentiasa bersedia untuk kita bila kita susah, dan lagi satu saya dapat bezakan yang mana jenis kawan yang lansung tidak ambil peduli tentang apa berlaku dlm hidup kita walaupun sekadar hanya bertanya khabar tentang kemalangan yg saya hadapi. Saya terkilan. Biarlah…

6. Saya mulai sedar, sedikit sebanyak saya penyabar orangnya… Alhamdulillah. Walaupun saya amat marah dgn student tersebut, saya berusaha menahan diri untuk mengutuknya, menghinanya, atau apa saje perbuatan yang boleh menambah dosa saya. Ya, saya bercakap benar. Saya mmg sgt marah dengan kejadian yang berlaku, tapi bila sy mengupload gmbar2 kejadian di FB dan bila kawan2 atau family mengulas tentang kejadian tu sy berusaha untuk tidak mengutuk apatah lagi menghina pelajar tersebut walaupun mengenangkannya saya tetap ada rasa marah dan teraniaya. Saya berusaha mengutip sisa-sisa kesabaran dalam diri…

7. Saya merindui kereta saya yg sekarang di bengkel kereta untuk dibaiki. Sangat2 rindu hingga menitik air mata mengenangkannya…Bila saya terpandang kereta yang sama jenis dan warna dengan nya buat saya tertoleh dan teringat tentang nya.. Maklumlah ini kereta pertama saya… Sungguh sayang tak terucap…

8. Lebih menyanyangi suami saya (bukanlah maknanya dulu saya tak sayang). Saya tahu dia sentiasa ada untuk saya. Menguruskan semua berkaitan urusan report polis, mencari student tersebut sampai dapat dan mengambil cuti hanya untuk menguruskan semuanya walaupun hari itu dia sibuk dengan meeting penting di officenya. Sudah tentulah~~~

9. Tindakan saya pada student tersebut? saya buat report polis (biarlah polis yang uruskan) dan mengisi borang aduan disiplin pada pihak Unit Disiplin tempat saya bekerja. Semoga mereka jalankan tugas dan student terssbut dapat balasan sewajarnya.

10. Kejadian ini buat diri saya bertambah tabah. Syukur ya Allah. saya yakin semua ini ada hikmahnya.

11. Saya masih lagi berusaha menguatkan diri, mengutip sisa-sisa kesabaran dan cuba untuk buat diri redha atas ujian Allah ini. Saya yakin Allah itu maha Adil.

12. Doa saya moga si student itu mendapat balasan sewajarnya atas kesalahan beliau dan tidak lakukan pada orang lain. Cukuplah saya seorang mangsanya. Mungkin ada yang kata (Tak mungkin, ayat terlalu skema, macam dia baik sangat…) tapi percaya lah saya redha apa berlaku pada saya, anggap itu ujian Allah dan biarlah Allah uruskan segalanya sekiranya dia terus lari dari saya (mengakui salah pada saya).





Pay Per Lead – satu fenomena?

12 02 2010

Apakah Pay Per Lead? Mengapa tiba-tiba jadi satu fenomena baru dalam industry “internet bussiness”. Apakah??

Tiba-tiba saya jadi sangat ingin tahu. Pay Per Lead – merupakan 1 program bertujuan mengumpul senarai nama (mereka yang berminat) tetapi dalam jumlah tertentu sahaja yang dihadkan dan email mereka. Si penjual ( menjual sesuatu biasanya e-book) akan membayar kita harga berapakah bilangan mereka yang telah meng-klik iklan jualan mereka pada website kite…
itu saja dpt saya terangkan sebab x sure lah mcmana nak explain. Moga sesiapa dapat beri comment.





Burung Enggang di Kuantan?

29 12 2009

Dulu masa baru memula kerja kat Kuantan ni, iaitu 2 tahun lepas (Ogos 2007) memang lama dh perasan 2 ekor burung enggang ni. Memang rasa terkejut la oleh sebab kehadiran enggang ni, sebab pengetahuan geografi yg secetek kulit bawang ni mengatakan burung enggang tu selalu ada di Sabah/Sarawak je kan?haha..

Ataupun sebenarnya burung enggang ni memang ada di mana2? Hehe… Tapi memang enjoy sangat tengok couple burung enggang ni, pergi kemana-mana berdua je. Dulu tiap kali nampak enggang ni, musti nak snap pic diorg tapi tak sempat, camera x ada dalam kereta, macam-macamlah.

So, satu hari ni park kereta bawah pokok sebelum naik office baru sebab nak punch card waktu balik tetiba dengar bising2 atas pokok. Terkejut beruk tengok enggang idaman saya tengah bertenggek atas pokok. So tak membuang masa ala macam kunun nye ade cam DSLR (konon je la kan…) cecepat snap pic burung enggang ni.

Oppss… lupa nak inform update info by end of 2009 ni enggang tu dah jadi bertiga ekor. Means depa dah beranak pinak lah.  Dua ekor tu kisah 2 tahun lepas, so sekarang kemana-mana pun anak kecik dia tu ikut je kemana-mana parents dia pergi. Tak kecik sangat la anak si enggang ni, ala-ala umur kanak2 gitu. hehe.

Yang nak jadi kelakarnya mengagau saya snap pic si enggang ni sampai tak nampak kat mana dia hinggap. Sambil takut kena sambar (lahaii..enggang tu x perasan pn saya kat mana.. haha) Enggang ni siap berak lagi kat cermin depan kereta saya. Ok.. sangat hangat ye…

Enjoy the picta…

Ini burung enggang dewasa.

Perhatikan bawah sekali kiri, masih lagi enggang dewasa tadi. Lagi 2 ekor tak dapat nak snap sebab terlindung dahan

Sempat lagi enggang ni meng-tandas-kan kereta saya. Owh.. not forget to mention, saya memang tak pernah tengok t**K burung enggang. That’s why la i’m so jaK*n. haha.

Inilah close-up ta*K burung enggang. Woish.. ta*K pun nk close-up! Freshly Baked~~~ haha!

Just enjoy…








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.